Kerja Kursus Sains Komputer SPM 2020/21 - Persiapan Projek

Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat datang ke blog saya dan dalam blog ini saya akan berkongsi tentang tips dan guide untuk menyiapkan tugasan kerja kursus sains komputer.
Sedikit pengenalan saya, semasa saya menulis blog ini, saya masih berumur 19 tahun dan sedang menuntut pelajaran di IPTA terletak di Pahang.
Jadi, untuk tema tahun ini adalah berkaitan pembangunan laman web sistem kuiz. Kita ada banyak contoh laman web sedemikan seperti Kahoot, Quizlet dan banyak lagi. Korang boleh rujuk laman web tersebut untuk kaji dan ambil inspirasi untuk diletakkan dalam korang punya projek nanti.
Mengikut pengalaman yang saya ingat, untuk projek kerja kursus ini terbahagi kepada 6 Fasa dan diberi masa lebih kurang 10 bulan untuk disiapkan.
Tanpa membuang masa, mari kita mulakan fasa 1.
Objektif
Dalam Fasa 1 ini, kita membincangkan tentang analisis masalah projek. Kita perlu menetapkan objektif yang tepat dan objektif ini boleh didapati di dalam tema soalan, iaitu membangunkan sebuah web untuk mengurus koleksi soalan. Menetapkan objektif yang tepat adalah sangat penting kerana objektif ini akan menjadi satu aras pandunan semasa membangunkan web kepada murid. Sekiranya murid "hilang arah" semasa menyiapkan projek, mengingati objektif soalan akan membantu murid kembali kepada tujuan sebenar membangunkan web.
Penyediaan
Untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya akan memberikan senarai perisian-perisisan dan laman web yang akan membantu murid semasa pembangunan web dilakukan.
XAMPP - Local web server
XAMPP adalah sebuah pakej perisisan yang dilengkapi dengan perisisan-perisian untuk membangunkan sebuah laman web. Dalam realiti sebenar, setiap laman web mempunyai server untuk yang akan host kan fail-fail website dan boleh dilawati oleh pengungjung dengan cara melawati address server tersebut ataupun domain.
Muat turun : https://www.apachefriends.org/download.html
Sublime Text - Text Editor
Untuk membangunkan laman web, kita perlu melakukan pengekodan dan pengekodan tersebut akan disimpan di dalam fail. Kita boleh saja menggunakan basic text editing seperi Notepad yang terdapat dalam sistem operasi Windows, tetapi dengan menggunakan text editor yang dikhaskan untuk aktiviti mengekod, ianya lebih efektif dan memudahkan murid untuk mengekod.
Muat turun : https://www.sublimetext.com/
ERDPluss - Database modelling
Kita akan gunakan laman web ERDPluss ini pada fasa 2 nanti untuk membina sebuah model visual pangkalan data. Proses ini amat penting dan sangat membantu murid sebelum membina pangkalan data yang benar.
Laman Web : https://erdplus.com/
Figma - Easy prototyping
Sebelum kita membangunkan apa-apa laman web, kita mestilah membina sebuah lakaran dan prototype terlebih dahulu. Sama seperti membina bangunan. Oleh itu, kita akan menggunakan laman web ini untuk melakar anatara muka projek sebelum melakukan aktiviti pengekodan.
Laman Web : https://www.figma.com/
Jadi itu sahaja perisian dan laman web yang akan kita gunakan semasa menyiapkan tugasa kerja kursus ini nanti, nantikan siri yang akan datang dan kita membincangkan tentang cara-cara untuk menyediakan ERD